MySejahtera.

MYSEJAHTERA DIBANGUNKAN OLEH SYARIKAT ALI BABA KAT MALAYSIA YANG DIKUASAI OLEH KUASA ASING

Baru-baru ini terbongkar bahawa aplikasi MySejahtera merupakan syarikat asing. Kerajaan Malaysia pula menafikan perkara ini dengan alasan bahawa syarikat ini syarikat Malaysia yang dimiliki warganegara Malaysia sejak tahun 2010.

  1. KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia sejak 2010. Benar apa yang dikatakan Kerajaan Malaysia. Tetapi apa yang tidak diberitahu oleh Kerajaan Malaysia adalah KPISoft Sdn Bhd merupakan ANAK SYARIKAT THE REAL KPISOFT YANG BERPENGKALAN DI AMERIKA SYARIKAT.
  2. The real KPISoft diasaskan pada tahun 2008 oleh seorang warganegara Singapura yang bernama Dr. Finian Tan.
  3. Dr. Finian Tan adalah warganegara Singapura yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura sebelum memulakan kerjaya dalam bidang big data dan ICT.
  4. Pada tahun 2008, Dr. Finian telah membangunkan KPISoft sebelum membawa KPISoft ke peringkat antarabangsa. Ibu pejabat KPISoft kini terletak di Houston Texas, Amerika Syarikat.
  5. Selepas berjaya di peringkat antarabangsa barulah KPISoft cuba tembus pasaran Malaysia dengan mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd di Malaysia.
  6. Melalui dua Ali Baba warganegara Malaysia, the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mendaftarkan KPISoft Sdn Bhd pada tahun 2010.
  7. Ini seperti lah mana-mana syarikat asing yang ingin menembus pasaran Malaysia, ibu syarikat asal itu akan mendaftarkan sebuah syarikat tempatan di Malaysia. Macam Honda asalnya Jepun, tetapi Honda Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila Honda nak masuk Malaysia. Macam TESCO asalnya United Kingdom sejak tahun 1919, tetapi TESCO Malaysia didaftarkan di Malaysia apabila TESCO nak masuk Malaysia. Honda atau TESCO tidak menjadi milik anak Malaysia semata-mata kerana mereka ada Ali Baba di Malaysia.
  8. Meskipun saham majoriti KPISoft Sdn Bhd dimiliki dua warganegara Malaysia, ini tidak menjaminkan data yang diambil, direkod dan sebagainya tidak dikongsi bersama ibu syarikat KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ini bermakna, ianya bukan mustahil data dan butiran berpuluh juta rakyat Malaysia boleh diakses oleh the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat kerana mereka masih syarikat yang sama.
  9. Begitulah fakta asal usul KPISoft yang membangunkan MySejahtera. Kononnyalah KPISoft Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia. Hakikatnya KPISoft Sdn Bhd adalah Ali Baba kepada the real KPISoft yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh warganegara Singapura.
    Rujukan sila baca di sini:
  10. Biodata pengasas KPISoft: Dr. Finian Tan
    https://www.vickersventure.com/dr-finian-tan/
  11. Ibupejabat KPISoft: Texas, Amerika Syarikat
    https://www.kpisoft.com/about/about-us/
  12. Tahun the real KPISoft diasaskan: Tahun 2008
    https://www.crunchbase.com/organization/kpisoft-inc

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s